Wednesday, January 13, 2021

02 BUAH BASIKAL SUMBANGAN YAB PN.HAJJAH ZURAIDAH BINTI KAMARUDDIN, MENTERI KPKT & AHLI PARLIMEN AMPANG.


Alhamdullilah, 02 buah basikal yang akan digunakan oleh anggota SRS untuk rondaan telah disumbangkan oleh YAB Zuraidah Binti Kamaruddin Menteri KPKT merangkap Ahli Parlimen Ampang. 
 

Wednesday, January 6, 2021

PERASMIAN PONDOK KAWALAN, PENYERAHAN T'SHIRT SRS DAN CENDERAHATI KEPADA PENYUMBANG





Terima Kasih Kepada Tuan Haji Mohd Isa Bin Mohd Saidin (Ketua Bersatu Bahagian Ampang Merangkap Setia Politik Parlimen Ampang Dun Lembah Jaya) yang mewakili YB Puan Hajjah Zuraidah Binti Kamaruddin (Menteri KPKT / Ahli Parlimen Ampang) yang telah merasmikan Pondok kawalan Rukun Tetangga Pangsapuri Taman Industri dan menyampaikan sumbangan kepada anggota SRS dan Penyumbang.

Terima Kasih kepada pihak YB Hajjah Zuraidah Binti Kamaruddin yang telah memberikan sumbangan sebanyak RM2000.00 kepada KRT Pangsapuri Taman Industri untuk membeli basikal dan kegunaan pengurusan KRT. 

Tuesday, December 22, 2020

LAWATAN KERJA PEGAWAI KHAS AHLI PARLIMEN AMPANG


 22 DEC 2020, Lawatan Kerja Dari Pegawai Khas Ahli Parlimen Ampang, Tuan Hamsah Bin Djabir ke Pondok Kawalan Rukun Tetangga Pangsapuri Taman Industri. 

SUMBANGAN UNTUK KANAK-KANAK BERKHATAN


 Alhamdullilah, Pihak Pengurusan Rukun Tetangga Pangsapuri Taman Industri telah memberikan sedikit sumbangan kepada anak-anak penduduk yang telah berkhatan pada tahun ini. Pihak Rukun Tetangga mengucapkan tahniah kepada anak-anak ini dan selamat datang ke alam remaja.

Tuesday, November 17, 2020

AKTIVITI YANG AKAN DATANG




 

Salam Hormat dan Salam Perpaduan.

Pihak pengurusan KRT Pangsapuri Taman Industri sedang dalam proses mengemaskini data penduduk. Ini adalah kerana penambahan penduduk dari masa ke semasa. Bagi untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penduduk. Pihak KRT akan mengadakan bancian penduduk.  Selain daripada tujuan bancian ini juga, pihak KRT dan penduduk dapat meramah mesra dan kenal-mengenali dengan lebih erat lagi.


Pihak pengurusan mengharapkan kerjasama dari seluruh Komuniti Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya agar dapat memberi kerjasama dalam melaksanakan bancian tersebut. Semoga dengan adanya senarai penduduk yang terkini ianya dapat membantu para penduduk yang memerlukannya. Kerjasama dari para penduduk kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.