Pegertian Logo

Keseluruhan Logo ini melambangkan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukkan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara a

1. Bulatan Besar : Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini bermuafakat dan hidup bersatu padu. 

2. Warna :  Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu 

Biru : Bermuafakat dan bersatu padu

- Merah            :    Keberanian dan Keluruhan

- Kuning            :    Kejayaan dan keharmonian

- Putih                :    Kesucian dan bertanggungjawab

3. 5 Bulatan kecil Warna Merah :  Lima bulatan berwarna merah yang terletak dibahagian atas logo ini membawa pergertian lima Prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung falsafah dan asiprasi Rukun Negara dengan semangat kental dan luhur serta mangamalkan dan menhayatinya setiap masa.

4. 2 Bentuk Titisan Air Terbalik : Di bawah bulataan pada logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti bentuk orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

5. Garisan Berwarna Merah : Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

6. Segi Tiga Berwarna Kuning : Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.

7. Garisan Merah di atas garisan putih :  Barisan warga Rukun tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketulusan yang tiada tolok bandingnya.

8. Keseluruhan Garisan Berwarna Biru :  Keseluruhan garisan berwarna biru membawa maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang diamalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment